Assalamualaikum W.B.T.
Insyaallah kali ini kita kita akan mempelajari berkaitan dengan Akidah dalam tajuk Mengucap dua Kalimah Syahadah.
- Menyebut dua kalimah syahadah dengan sempurna :
أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلهَ الاَّ اللهُ وَ اَشْهَدُ
اَنَّ مُحَمَّدًا رَّسوْلُ اللهِ
- Erti dua kalimah :
- HURAIAN LANJUT
Dua kalimah syahadah yang tertulis diatas merupakan intisari dari seluruh pengertian dan konsep rukun islam dan rukun iman yang akan dijelaskan di bawah, yang menjadi tuntutan fardhu ain bagi setiap orang islam mengetahui dan mengamalkannya.
Dua kalimah syahadah adalah pengakuan atau ikrar setiap individu muslim tentang adanya Allah yang maha esa dan Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruhnya.Dua kalimah syahadah wajib diucapkan sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari semalam iatu semasa mengerjakan solat fardhu,ketika membaca tahyat awal atau akhir.
Selain dari itu,Dua kalimah syahadah ini juga wajib diucapkan dalam upacara seseorang kafir yang memeluk agama islam.Lafaz pengakuan serta beserta ikrar dalam hati "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhamad pesuruh Allah" adalah menjadi pengesahan bahawa mulai pada saat itu telah menjadi seorang islam, maka berkewajipanlah ia mentaati segala hukum-hukum syariah yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Bagi memperteguh lagi pengakuaan dan ikrar tersebut,umat islam bukan sahaja disuruh mengucapkan dua kalimah syahadah ketika mengerjakan solat, bahkan hendaklah selalu di ulang-ulangi menyebutnya.M enyebutnya di luar solat dipanggil " zikir " yang bererti mengingati Allah
Ucapan zikir iaitu mengingati Allah itu ada berbagai-bagai nama dan cara sebutannya seperti tahlil,tasbih,tahbid dan lain -lain .Tetapi zikir oaling utama ( menurut hadis Rasulullah S.A.W ) Ialah menyebut لاَ الَهَ الاَّ اللهُ
Sedapat mungkin amalkanlah menyebut kalimah zikir ini seberapa banyak dalam apa jua keadaan, melainkan ketika di dalam tandas. Jika tidak dapat melafazkan dengan lisan, misalnya ketika dalam majlis orang ramai, berzikirlah sahaja didalam hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan