PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN & MOTIVASI AL-ABQARI (PPAMA) merupakan sebuah pusat pengajian swasta yang mempunyai kepakaran untuk mengurangkan kadar buta al-Quran dikalangan masyarakat.

Menggunakan kaedah al-Hira (kaedah untuk pandai membaca al-Quran dalam masa 24 JAM) bagi membantu para pelajar untuk belajar membaca al-Quran.

KELAS-KELAS YANG DITAWARKAN

1.KELAS AL-QURAN PELAJAR SEKOLAH
Kelas untuk para pelajar sekolah dari tingkatan 1 hingga 3. Kelas diadakan 2 kali seminggu pada hari Isnin & Rabu.

2.KELAS AL-QURAN DEWASA
Kelas ini terbahagi kepada 2 iaitu Kelas Celik al-Quran Dewasa & Kelas Pengukuhan al-Quran Dewasa. Kelas Celik al-Quran dewasa ialah kelas bagi mereka yang masih belum boleh membaca al-Quran untuk mempelajari asas membacanya. Kelas Pengukuhan al-Quran ialah bagi mereka yang telah boleh membaca al-Quran untuk terus belajar memperbaikai bacaan al-Quran terutama dari segi tajwid.

KELAS BAHASA ARAB
Kelas ini disediakan khusus untuk para pelajar bermula dari tingkatan 1 hingga 5. Kelas ini disediakan sebagai persediaan untuk para pelajar yang mengambil subjek Bahasa Arab di sekolah untuk mereka menghadapi peperiksaan. Juga disediakan Kelas Bahasa Arab Awam untuk golongan dewasa yang ingin mempelajari bahasa tersebut.

PROGRAM LATIHAN & PEMBANGUNAN
i-Pembelajaran
ii-Kepimpinan
iii-Kemahiran Komunikasi
iv-Kemahiran interpersonal
v-Ibadah
vi-Akhlak
vii-Fikir positif

(Program dijalankan melalui kem-kem, bengkel-bengkel, seminar, kursus yang dibuat oleh kami sendiri dan kerjasama dengan pihak-pihak lain)

Sabtu, 3 April 2010

Cara membaca Nun Mati atau Tanwin siri-1

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, ini adalah post pertama dari Pusat Pengajian al-Quran & Motivasi al-Abqari untuk para pembaca sekalian. Untuk post ini, kami ingin menjelaskan berkenaan dengan cara membaca Nun Mati atau Tanwin.

Para pembaca sekalian,
Nun mati ialah nun yang bertanda mati (نْ) yang kadang-kadang ianya bertanda, dan selalu juga ianya tidak ditanda dengan apa-apa iaitu tiada baris. Manakala tanwin pula ialah baris dua diatas,dibawah dan didepan.

Apabila nun mati ataupun tanwin yang mana selepasnya ada mana-mana satu huruf dari alif sehingga ya', maka bacaannya ada empat cara yang berbeza.
Cara-caranya ialah :
  1. اظهار
  2. ادغام
  3. اقلاب
  4. احفاء
Setakat ini dulu post untuk pelajaran Tajwid al-Quran pada kali ini, Insya Allah panjang umur kita akan berjumpa lagi dalam post Cara Membaca Nun Mati atau Tanwin siri-2 yang akan datang. Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan