PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN & MOTIVASI AL-ABQARI (PPAMA) merupakan sebuah pusat pengajian swasta yang mempunyai kepakaran untuk mengurangkan kadar buta al-Quran dikalangan masyarakat.

Menggunakan kaedah al-Hira (kaedah untuk pandai membaca al-Quran dalam masa 24 JAM) bagi membantu para pelajar untuk belajar membaca al-Quran.

KELAS-KELAS YANG DITAWARKAN

1.KELAS AL-QURAN PELAJAR SEKOLAH
Kelas untuk para pelajar sekolah dari tingkatan 1 hingga 3. Kelas diadakan 2 kali seminggu pada hari Isnin & Rabu.

2.KELAS AL-QURAN DEWASA
Kelas ini terbahagi kepada 2 iaitu Kelas Celik al-Quran Dewasa & Kelas Pengukuhan al-Quran Dewasa. Kelas Celik al-Quran dewasa ialah kelas bagi mereka yang masih belum boleh membaca al-Quran untuk mempelajari asas membacanya. Kelas Pengukuhan al-Quran ialah bagi mereka yang telah boleh membaca al-Quran untuk terus belajar memperbaikai bacaan al-Quran terutama dari segi tajwid.

KELAS BAHASA ARAB
Kelas ini disediakan khusus untuk para pelajar bermula dari tingkatan 1 hingga 5. Kelas ini disediakan sebagai persediaan untuk para pelajar yang mengambil subjek Bahasa Arab di sekolah untuk mereka menghadapi peperiksaan. Juga disediakan Kelas Bahasa Arab Awam untuk golongan dewasa yang ingin mempelajari bahasa tersebut.

PROGRAM LATIHAN & PEMBANGUNAN
i-Pembelajaran
ii-Kepimpinan
iii-Kemahiran Komunikasi
iv-Kemahiran interpersonal
v-Ibadah
vi-Akhlak
vii-Fikir positif

(Program dijalankan melalui kem-kem, bengkel-bengkel, seminar, kursus yang dibuat oleh kami sendiri dan kerjasama dengan pihak-pihak lain)

Selasa, 6 April 2010

Mengucap dua kalimah syahadah

Assalamualaikum W.B.T.

Insyaallah kali ini kita kita akan mempelajari berkaitan dengan Akidah dalam tajuk Mengucap dua Kalimah Syahadah.

  • Menyebut dua kalimah syahadah dengan sempurna :

أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلهَ الاَّ اللهُ وَ اَشْهَدُ

اَنَّ مُحَمَّدًا رَّسوْلُ اللهِ

  • Erti dua kalimah :
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah,dan aku bersaksi bahawa nabi Muhamad pesuruh Allah

  • HURAIAN LANJUT
Konsep dan pengertian dua kalimah syahadah

Dua kalimah syahadah yang tertulis diatas merupakan intisari dari seluruh pengertian dan konsep rukun islam dan rukun iman yang akan dijelaskan di bawah, yang menjadi tuntutan fardhu ain bagi setiap orang islam mengetahui dan mengamalkannya.

Dua kalimah syahadah adalah pengakuan atau ikrar setiap individu muslim tentang adanya Allah yang maha esa dan Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruhnya.Dua kalimah syahadah wajib diucapkan sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari semalam iatu semasa mengerjakan solat fardhu,ketika membaca tahyat awal atau akhir.

Selain dari itu,Dua kalimah syahadah ini juga wajib diucapkan dalam upacara seseorang kafir yang memeluk agama islam.Lafaz pengakuan serta beserta ikrar dalam hati "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhamad pesuruh Allah" adalah menjadi pengesahan bahawa mulai pada saat itu telah menjadi seorang islam, maka berkewajipanlah ia mentaati segala hukum-hukum syariah yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Bagi memperteguh lagi pengakuaan dan ikrar tersebut,umat islam bukan sahaja disuruh mengucapkan dua kalimah syahadah ketika mengerjakan solat, bahkan hendaklah selalu di ulang-ulangi menyebutnya.M enyebutnya di luar solat dipanggil " zikir " yang bererti mengingati Allah

Ucapan zikir iaitu mengingati Allah itu ada berbagai-bagai nama dan cara sebutannya seperti tahlil,tasbih,tahbid dan lain -lain .Tetapi zikir oaling utama ( menurut hadis Rasulullah S.A.W ) Ialah menyebut لاَ الَهَ الاَّ اللهُ

Sedapat mungkin amalkanlah menyebut kalimah zikir ini seberapa banyak dalam apa jua keadaan, melainkan ketika di dalam tandas. Jika tidak dapat melafazkan dengan lisan, misalnya ketika dalam majlis orang ramai, berzikirlah sahaja didalam hati.

Isnin, 5 April 2010

PENDAFTARAN KELAS AL-QURAN INDIVIDU


Assalamualaikum W.B.T.

Kepada sesiapa yang ingin mengikuti kelas pengajian al-Quran sistem individu, anda bolehlah berbuat demikian dengan mendaftarkan diri anda di Pusat Pengajian al-Quran & Motivasi al-Abqari (PPAMA) bermula hari ini.

Diantara kelebihan pengajian al-Quran sistem individu ini ialah:

1.Belajar secara terus dengan ustaz (face 2 face)
2.Sekelas tidak melebihi 3 orang (rakan pelajar anda pilih sendiri)
3.Menggunakan kaedah mudah boleh membaca al-Quran dalam 24 jam shj
4.Masa boleh dibincangkan antara anda dan ustaz
5.Guru yang berpengalaman
6.Yuran yang berpatutan.

Sekiranya anda berminat, sila hadir ke pejabat untuk pendaftaran dan perbincangan jadual belajar. Sebarang pertanyaan hubungi pejabat 03-8737 9792

Sabtu, 3 April 2010

Cara membaca Nun Mati atau Tanwin siri-1

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, ini adalah post pertama dari Pusat Pengajian al-Quran & Motivasi al-Abqari untuk para pembaca sekalian. Untuk post ini, kami ingin menjelaskan berkenaan dengan cara membaca Nun Mati atau Tanwin.

Para pembaca sekalian,
Nun mati ialah nun yang bertanda mati (نْ) yang kadang-kadang ianya bertanda, dan selalu juga ianya tidak ditanda dengan apa-apa iaitu tiada baris. Manakala tanwin pula ialah baris dua diatas,dibawah dan didepan.

Apabila nun mati ataupun tanwin yang mana selepasnya ada mana-mana satu huruf dari alif sehingga ya', maka bacaannya ada empat cara yang berbeza.
Cara-caranya ialah :
  1. اظهار
  2. ادغام
  3. اقلاب
  4. احفاء
Setakat ini dulu post untuk pelajaran Tajwid al-Quran pada kali ini, Insya Allah panjang umur kita akan berjumpa lagi dalam post Cara Membaca Nun Mati atau Tanwin siri-2 yang akan datang. Assalamualaikum....